Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Thursday, August 23, 2018

Serangga Terpanjang di dunia


Tahukah anda, terdapat satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya boleh didapati di hutan belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru ditemui pada tahun 2008 oleh pakar pengkaji serangga, dan merupakan salah satu dari 10 spesies baru dijumpai yang terkenal.

Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba. 




International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari "The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada tahun 2010!

Thursday, May 23, 2013

Fakta Menarik


1. Domain 'Youtube' mula didaftarkan pada tarikh 14 Februari 2005.


 
2. Louis Lassen adalah orang pertama yang mencipta hamburger pada tahun 1900 di mana dia meletakkan daging di antara dua keping roti.


3. Suntikan botox di negara luar pada awalnya adalah untuk merawat migrain dan angin ahmar dan bukannya untuk kecantikan.

4. Harga unta termahal pernah dibeli adalah USD 2.7 juta(RM8.21 juta). Ia dibeli oleh Sheikh Hamadan Bin Mohammed Bin Rashid al-Maktoum, anak kepada pemerintah Dubai.