Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts
Thursday, August 23, 2018
Serangga Terpanjang di dunia
Tahukah anda, terdapat satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya boleh didapati di hutan belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru ditemui pada tahun 2008 oleh pakar pengkaji serangga, dan merupakan salah satu dari 10 spesies baru dijumpai yang terkenal.
Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.
International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari "The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada tahun 2010!
Monday, September 10, 2012
Info-Info Menarik
Tasik terdalam di dunia ialah Tasik Baikal yang terletak di selatan Siberia, Russia. Ia memiliki kedalaman sehingga 1637 meter (5371 kaki). Malah Tasik Baikal juga dikenali sebagai tasik yang mengandungi air terbersih di dunia.
Satu-satunya batu yang boleh terapung di dalam air ialah PUMICE.
Pemetik api dicipta sebelum kewujudan mancis oleh J.W. Dobereiner pada tahun 1816.
Untuk melepasi tahap graviti di bumi, sebuah roket harus bergerak selaju 7 batu per saat.
Subscribe to:
Posts (Atom)