Thursday, August 23, 2018

Jambatan Gantung Tertinggi di dunia


Tahukah anda, bahawa Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Umum tahu bahawa Gunung Kinabalu yg setinggi 4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi drpd Menara Berkembar Petronas & lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!

Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.

Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia!