Monday, August 27, 2018

Aku dan Microworkers


Microworkers..hampir 8 tahun aku mencari duit di laman web ini..ternyata ianya benar dan bukan lah scam..website ni pantas untuk di akses..Namun gitu, ianya semua bergantung pada mood aku, bila aku rajin aku buat tugas2 kat sana, kalau takda mood atau dalam keadaan malas, memang setahun sekali la baru cashout..macam tahun 2018 nih..

kalau korang bleh tgk jadual cashout aku kat bawah ni, tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun yang gemilang bagi aku..memang time tu aku rajin sebab time tu aku student..student time tu ada elaun RM621.21 sebulan, tapi nak menampung kehidupan di tengah2 KL memang x cukup..masa belajar 8pg - 5 ptg. So dari 5 ptg sampai 8 pagi besoknya aku free..time tu la aku rajin buat task2 di microworkers ni..




Laman web microworkers ni konsepnya mudah, jika korang rajin memang korang berduit..kalo malas maka sebaliknya la..keje dia senang je, like video di youtube, retweet di twitter, sign-up jadi referral orang di sesebuah laman web, like video atau gambar kat Facebook dan sebagainya. Buat masa sekarang aku still buat microworkers ni selain Neobux. 2 program ni x payah kluar modal walau satu sen pun..susah dah nak cari duit di internet sekarang sebab ramai dah beralih pada Facebook dan Instagram. 

Lagi satu microworkers ni dah takda komisen untuk affliates, iaitu jadi referral la, macam MLM tu..dulu dia bayar USD1 untuk sorang yang kita kenalkan pada microworkers nih..sekarang takda lagi, mungkin ramai orang scam kot..buat akaun palsu..