Thursday, August 25, 2016

Motosikal Suzuki pujaanku

Walaupun ramai di Malaysia ni tak minat dengan motosikal jenama SUZUKI ni, saya tetap minat. Ini kerana motosikal pertama saya adalah SUZUKI FX 110 tahun 1998. Saya beli sekenhen dengan harga RM2600 cash dari sebuah kedai motosikal di Seksyen 20 Shah Alam, Selangor pada tahun 2005.

Walaupun telah digunakan selama 7 tahun dan motor sekenhen, ianya tidak banyak masalah. Banyak jasa motor tu pada saya. Lagipun enjin nya senyap dan lancar. 'Pick-up' pun mantap. Sehingga la ke hari ini motor tersebut masih digunakan dan boleh berjalan.

Gambar dibawah ni motor-motor SUZUKI dengan cc yang lebih besar. Dulu angan2 nak pakai masa umur 24. Namun ianya hanyalah angan2 sahaja sebab lebih perlukan kereta untuk pengangkutan.