Thursday, August 25, 2016

Tukar coolant kereta

Salam semua..

Jikalau anda pengguna kereta, anda tentu tahu apa itu coolant. Paras coolant haruslah diperiksa selalu, dan jikalau parasnya sudah LOW, anda haruslah 'top-up' atau tukar coolant tersebut. Coolant tak boleh bercampur. Contohnya coolant anda warna hijau, nak topup ngan coolant kaler merah, tak sesuai kerana setiap kandungan coolant adalah berbeza. Takut bahan kimia dalam tu 'bergaduh' dan bocor plak radiator anda.

Jika anda tahu tukar coolant sendiri, boleh la buat sendiri. Kalau tak reti sila ke kedai yang sepatutnya. Saya telah menukar coolant saya ke brand Toyota 1 liter. Harganya RM30. Pastikan anda tahu brand coolant anda sebab sekiranya coolant anda LOW, anda boleh topup dengan coolant dari brand yang sama.