Hari terbuka Klinik Kesihatan Kuang telah berlangsung pada 23 Februari 2013 bersamaan hari Sabtu. Berbagai-bagai program telah diadakan seperti kempen menderma darah, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan cabutan bertuah.
Kira-kira 500 orang ramai dan 100 kakitangan telah memeriahkan majlis ini yang bermula seawal 8 pagi dengan aktiviti senam robik dan berakhir dengan cabutan bertuah. Sambutan orang ramai terhadap program ini agak memberangsangkan kerana mereka boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma selain dapat bersama-sama menyertai acara-acara menarik yang disediakan.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan pada masa-masa yang akan datang kerana ianya dapat memberikan faedah kepada orang ramai selain mengeratkan silaturrahim antara pesakit dan kakitangan klinik.