Wednesday, July 11, 2012

Tatzelwurm - Makhluk Lagenda Rakyat



TATZELWURM merupakan makhluk 'cryptid' yang menghuni Banjaran Apls dan juga merupakan makhluk buas legenda rakyat Swiss. Dikenali ramai dengan nama Alps Dragon, diskripsi tentang rupa bentuk makhluk misteri ini berbagai-bagai. Sesetengah pihak mendakwa Tatzelwurm seakan cicak manakala ada dakwaan lebih pelik menggambarkan ia seakan rupa kucing.

Diskripsi kebiasaan tentang Tatzelwurm, makhluk ini dikatakan panjangnya antara 2 hingga 6 kaki, berbadan seperti ular dengan tubuh diliputi sisik. Makhluk ini juga mempunyai 2 kaki hadapan dan dikatakan mempunyai sepasang mata yang besar dan terang.

Berdasarkan sesetengah rekod saksi, makhluk ini juga didakwa mempunyai telinga dan berbulu yang membuatkan rupanya seakan seekor kucing. Salah satu ciri ketara makhluk ini, ia juga dikatakan boleh mengeluarkan gas beracun dari tubuhnya, yang mana mampu membunuh manusia dewasa.

Makhluk ini pertama kali dilihat dan menjadi topik perbualan hangat penduduk sekitar Alps adalah pada 1779 apabila Hans Fuchs, seorang petani miskin melihat makhluk ini menyerang khinzir ternakannya. Apa yang dilihatnya pada hari itu bukan sahaja membunuh khinzir ternakannya, malah dia turut mati pada hari yang sama setelah diserang sakit jantung. Sebelum menghembuskan nafas terakhir. dia sempat menceritakan tentang Tatzelwurm - berasal dari perkataan Jerman untuk cacing yang berkuku cakar.


Gambaran menunjukkan Tatzelwurm menyerang seekor khinzir.


Penemuan-Penemuan Tatzelwurm

Pada 1828, seorang petani telah menemui bangkai Tatzelwurm. Hanya separuh dari badannya sahaja berjaya dibawa pulang manakala separuh lagi telah dimakan burung gagak. Pada 1883 atau 1884, Kaspar Arnold melihat Tatzelwurm berhampiran Hochfilzen, Tiro, Austria. Sebelum itu, pada musim panas 1921, 2 orang saksi mendakwa telah melihat Tatzelwurm, melompat setinggi hampir 9 kaki di udara, menerpa ke arah mereka. Ia berwarna kelabu, sekitar 2 hingga 3 kaki panjang dan berkepala kucing.



Rangka sepanjang 5 kaki, dipercayai rangka Tatzelwurm ditemui oleh 2 lelaki sekitar tahun 1924. beberapa penemuan turut dilaporkan selepas itu sehinggalah ke hari ini. Namun, masih tiada bukti bergambar berjaya dirakam.

Teori

Dipercayai, Tatzelwurm sebenarnya mungkin spesis salamander yang jarang ditemui. Ia juga mungkin dari spesis 'Gila Monster' yang ciri-cirinya amat sepadan dengan ciri-ciri Tatzelwurm. Sebagaimana yang digambarkan saksi-saksi. malah 'Gila Monster' sememangnya amat beracun dan mampu membunuh.


Gila Monster