Monday, July 16, 2012

Khasiat Buah Betik



Tak ramai yang menggemari betik kerana ia kurang popular. Namun begitu, khasiat betik tak kurang juga hebatnya seperti buah-buahan tempatan yang lain.

Buah betik adalah dari spesies 'carica papaya' dan berasal dari keluarga 'caricaceae'. Ia kaya dengan vitamin C yang lebih tinggi daripada buah limau. Sesetengah dari buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan 100% keperluan vitamin C dalam sehari.

Zat

Selain vitamin C, betik juga mengandungi zat vitamin A dan pelbagai jenis zat vitamin B seperti riboflavin, folate, dan cryptoxanthin. Zat ini merupakan sejenis carotene yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. Selain zat vitamin, betik turut mengandungi serat, zat protein dan enzim papain.


Makanan Tambahan

Memakan betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan membersihkan perut. Jus buah betik yang dicampurkan susu dan madu mempu menjadi tonik untuk membantu tumbesaran kanak-kanak dan orang sakit.


 Ubat Sembelit & Buasir

Salah satu penawar yang murah dan selamat. Betik mampu membantu penghadaman serta membekalkan pelbagai vitamin, zat galian dan serat yang diperlukan. Bahkan, ia juga dapat membantu menjauhkan diri daripada cacing pita dan kerawit dalam perut.


Kecantikan

Siapa kata buah tempatan tak mempunyai khasiat untuk kecantikan? Buah betik mampu membantu menjadikan kulit lebih lembap dan licin. Tidak kisahlah sekiranya anda makan atau sapu di muka. Getah betik muda pula boleh membantu merawat rekahan di tumit kaki.