Friday, July 6, 2012

Khasiat Buah Beri





Walaupun bersaiz kecil, tetapi buah beri sebenarnya kaya dengan antioksidan yang mampu membantu menjana kesihatan tubuh badan. Buah beri mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi. Ia juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat. Malah, vitamin C yang terkandung di dalam buah beri mampu mengekalkan sistem imunisasi dan kulit yang berseri.

Acai beri



Buah asal hutan hujan Amazon ini kaya dengan antosanin. Ia dianggap sebagai wira di kalangan buah beri kerana mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi. Menariknya, ia membantu mengurangkan berat badan, menjana jantung dan peredaran darah.


Blueberry



Kaya dengan khasiat antioksida, vitamin C dan E. Ia juga mengandungi kepekatan pati antosanin tinggi yang membantu melindungi dari sakit jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan usia seperti kabur penglihatan dan hilang daya ingatan.


Mulberry

 

Sumber resveratrol yang baik, iaitu sejenis bahan yang dipercayai dapat membantu mencegah kanser dan memanjangkan usia. Buah ini biasanya digunakan untuk mengubati demam dan selesema.


Rasberry

 

Manis, wangi dan kaya dengan vitamin serta fiber. Raspberi membantu memperlahankan proses penghadaman dan mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi seterusnya membantu tubuh membakar lemak.


Cranberry

 
Buah ini digunakan untuk merawat jangkitan terutamanya jangkitan pada saluran kencing. Selain kaya dengan antioksida yang mampu mencegah penyakit jantung, ulser dan kanser, buah ini juga membantu merawat serangan asma, mengurangkan kolesterol dan melindungi otak daripada kerosakan saraf berkaitan dengan usia.


Strawberry

 

Kandungan vitamin C, flavonoid, phenolic dan elagic ni mampu melindungi beberapa masalah penyakit mata. Kandungan kalium dalam strawberi juga memberi tekanan pada mata.