Spyware adalah suatu program atau skrip yang menjalankan perlakuan tertentu seperti pengiklanan, mengumpulkan maklumat peribadi atau menukar tetapan komputer, biasanya tanpa kebenaran anda. Spyware biasanya tidak mudah dilihat dan menjalankan aktivitinya secara senyap.
Berikut adalah beberapa tanda untuk mengetahui apabila spyware dipasang ke dalam sistem anda:
-Anda lihat iklan atau skrin pop-up walaupun semasa anda tidak disambungkan ke internet.
-Laman web pertama yang dibuka penyemak imbas (browser) anda berlainan daripada halaman utama biasa anda.
-Anda terlihat bar alatan baru di penyemak imbas (browser) anda yang anda tidak pasangkan.
-Komputer anda lebih lambat dari biasa.
-Komputer anda terpadam atau terhenti tanpa sebab.
-Terdapat sebarang aktiviti ganjil pada komputer anda.
Berikut adalah beberapa tip keselamatan mengenai cara melindungi sistem komputer anda daripada spyware:
-Kemas kinikan sistem operasi anda dengan memuat turun semua kemas kini kritikal dan kemas kini keselamatan.
-Gunakan program anti-spyware dan jalankan pengimbasan yang kerap.
-Laraskan tetapan keselamatan penyemak imbas (browser) anda kepada "sederhana" atau lebih tinggi.
-Pasang dan gunakan firewall.
Info dari: http://www.cybersecurity.my