Salam semua,
31 Ogos 2015 saya berpeluang untuk menginap di Hotel First World di Genting Highland. Ini la kali pertama saya akan bermalam di sini setelah sekian lama pegi, tapi tak pernah tido di sana. Selepas usha laman web trivago, saya dapati harga untuk menginap semalam di hotel First World adalah RM56 sahaja berbanding harga weekend iaitu RM150 dan ke atas. Pe lagi saya tros booking..
Di sebabkan saya dan isteri cuti bajet, so kitaorang tros naik Genting tanpa guna kereta kabel, tros je mendaki sampai parking Hotel First World nih. Mula2 check in agak pening sebab x pernah pergi, pastu dia ada mesin untuk self check-in..Lepas check-in kitaorang dapat kad, dan tros menuju ke bilik hotel. Tingkat 2 tu..tapi lif banyak dan nak naik tingkat 22 memang laju..
Satu je nasihat saya kat semua visitor genting highland nih, kena makan kenyang2 sebelum naik genting, sebab harga makanan kat sini MAHAL GILERRR..bayangkan nasi lemak biasa RM6.90. Pisang goreng 4 ketul RM6!!! gile babas la, kalo nak menginap di sini pastikan korang bawak bekalan cam roti ke, keropok ke..kalo xda makan je kat KFC atau Marrybrown. Memang harga makanan kfc dan marrybrown kat genting pun mahal, tapi xda la mencanak sangat..setakat mahal RM3-RM8 dari harga biasa.
Keadaan bilik dia memang moden. Tapi KECIK! pe2 pun mula2 masuk pelik sebab xda ekon..ada kipas siling jea, skali malam datang, xyah bukak kipas, dia punya sejuk, mak aihhh...SEJUK GILER la..nasib baik ada air panas, kalo x memang mengigil..