Tuesday, September 1, 2015

Hotel Bestari Semantan di Temerloh

Salam semua,

Pada 30 ogos 2015, seorang sahabat saya melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya di Kampung Lebu, Bentong, Pahang. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk bercuti di Temerloh. orang kata sambil menyelam minum air.

Oleh kerana ingin promotion dan tawaran yang terbaik, saya telah menempah bilik hotel secara online di Booking.com. Tawaran harga yang paling murah adalah RM78 di Hotel Bestari, Temerloh. Tanpa pikir panjang saya pun book la..Alhamdulillah berjaya..

Pada 30 Ogos 2015 selepas menghadiri majlis kenduri kawan saya, saya terus menuju ke Temerloh dan sampai ke hotel berkenaan. Dengan harga RM78, anda dapat hotel cam 5 bintang. Ada breakfast, ada free surat khabar, bilik besar. Cuma saya keliru sebab nama hotel ni dulu Hotel Semantan, pastu dalam laman web booking.com nama dia Hotel Bestari Semantan, dan bila sampai kat sini tengok nama Hotel Bestari plak..banyaknya nama....



 


Bilik air dia besar, 4 orang boleh tido dalam tu..

Breakfast percuma disediakan

 

Jemput makan semua..


Surat khabar percuma :)