Friday, October 21, 2016

Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo

Salam semua,

Sempena majlis kenduri perkahwinan seorang sahabat di Ipoh, saya sempat berkunjung ke taman yang paling famous di Ipoh iaitu Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo.

Macam2 aktiviti ada kat Padang Polo ni. Ada yang berjoging, berjalan, bermain layang-layang, makan dan minum. Abis satu round padang kitaorang pusing. Apa yang mengejutkan saya adalah disebelah padang ini terletak kawasan perkuburan cina yang telah lama terbiar. Ini berdasarkan keadaan semak samun dan lalang yang panjang.

Agak menyeramkan kalau jalan sorang di malam hari. Hehehe..dah berjalan satu round, dahaga la pulak tekak ni, nak try cendol Padang Polo. Pergh, beratur panjang bhai...bisnes makanan kat sini memang laku. Semua gerai kena beratur.