Amilase adalah enzim yang membantu mencerna karbohidrat. Ianya banyak dihasilkan di pankreas dan kelenjar liur. Apabila pankreas mengalami keradangan dan terinfeksi, Enzim amilase akan dilepaskan ke dalam darah. Ujian ‘serum amylase’ boleh dilakukan untuk menaksir paras enzim amilase dalam darah dan memudahkan doktor memberi rawatan.
Serum amylase dan lipase adalah salah satu ujian umum sebagai penanda biokimia untuk mendiagnosis dan memantau penyakit pankreatitis akut atau kronik. Selain itu, ujian ini juga dapat mengesan beberapa masalah pencernaan. Namun, interpretasi untuk ujian’serum amylase’ ini adalah sukar kerana wujud sesetengah keadaan ‘non-pancreatic’ yang hadir di dalam kandungan abnormal serum amilase dan lipase. Tambahan, untuk sesetengah kes, terdapat pesakit pankreatitis yang paras serum amilase dan lipasenya berada dalam julat normal iaitu 21-101 U/L untuk amilase dan 12-70 U/L untuk lipase.
Peningkatan kadar enzim amilase yang melebihi julat normal dapat membantu doktor mengenalpasti beberapa masalah seperti kanser pankreas/ovari/paru-paru, pankreatitis akut, kolesistitis, serangan pundi hempedu yang disebabkan penyakit, infeksi kelenjar liur seperti pembengkakan, macromylasemia, viral gastroenteritis. Namun begitu, kadar peningkatan paras enzim amilase di dalam darah boleh dipengaruhi oleh faktor luaran seperti dadah dan alkohol.
Oleh yang demikian, sebelum melakukan ujian ‘serum amilase’ ini, doktor menyarankan pesakit supaya tidak meminum minuman beralkohol dan mengambil ubat-ubatan dan dadah seperti asparaginase, aspirin, ubat kolinergik, kortikosteroid, indometasin, loop dan diuretik thiazide, methyldopa, opait(kodeina dan morfin), dan pentadocine yang boleh memberikan keputusan yang tidak tepat.
Kadar enzim amilase yang rendah juga boleh menimbulkan masalah kerana ianya menunjukkan beberapa masalah kesihatan seperti penyakit ginjal, kerosakan pankreas, kanser pankreas dan toksemia kehamilan.Selain dari sampel darah, enzim amilase juga boleh didapati dalam air kencing dan cecair peritoneal.