Tuesday, September 4, 2012

Peranti Konsol Nintendo Entertainment System(NES)




Nintendo Entertainment System(NES) adalah sebuah konsol permainan video 8 bit yang direka oleh Nintendo, sebuah syarikat pengeluar permainan elektronik gergasi dari Jepun. Konsol NES juga dikenali dengan beberapa nama seperti Family Computer & Hyundai Cowboy.

Kini, NES dianggap sebagai konsol permainan video yang berjaya merevolusikan industri tersebut ke tahap memberangsangkan. Malah ia juga dianggap sebagai konsol permainan video terhebat pernah dihasilkan.


Idea untuk menghasilkan NES  oleh Nintendo bermula selepas melihat sambutan terhadap permainan video arked menjadi fenomena luar biasa di Jepun. Oleh yang demikian, pihak Nintendo mengambil langkah mencipta NES untuk membolehkan penggunanya menikmati permainan video di rumah. NES mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1983. Ia kemudiannya dipasarkan secara meluas ke seluruh dunia pada tahun 1985.