Friday, September 28, 2012

Restoran McDonald's Pertama Di Malaysia



PADA awal tahun 1980-an, McDonald's, satu jenama rangkaian restoran makanan segera terkemuka dunia, masih begitu asing kepada rakyat tempatan tetapi kini ia hampir ada di mana-mana.

Lebih dikenali sebagai restoran khidmat segera (QSR), McDonald's terus berkembang, sekali gus membuktikan kemampuannya meningkatkan pasarannya ketika pengendali lain sama ada dari luar atau dalam, gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam pasaran.

McDonald's masih terus kekal sebagai sebuah syarikat francais Restoran Khidmat Segera. Kejayaannya banyak bergantung kepada para pemegang francais yang memainkan peranan utama menjayakan operasinya. Kami telah berkembang secara berperingkat-peringkat di negara ini.

Restoran McDonald's Bukit Bintang sekarang

Bermula dengan sebuah restoran pertama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tahun 1982, ia kini mempunyai 152 restoran di seluruh negara. McDonald's merancang untuk memfrancaiskan empat hingga 25 buah restoran sepanjang tiga tahun akan datang.


SUMBER