Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Saturday, September 15, 2012
Apa itu kereta hibrid
Kereta hibrid adalah kenderaan yang mengunakan dua atau lebih punca tenaga untuk bergerak. Antara istilah yang biasa digunakan di dalam industri automobil adalah hybrid electric vehicle @ HEV. Tujuan utama HEV diperkenalkan adalah untuk mencari alternatif penjimatan bahan bakar dari petroleum.
Kenderaan yang memiliki enjin hibrid berfungsi mengurangkan penggunaan petroleum. Ia menggunakan gabungan antara tenaga elektrik dan petroleum. Terdapat pelbagai jenis enjin hibrid yang diperkenalkan. Namun, penggunaan HEV dikatakan paling popular. Ia banyak dimajukan oleh pengeluar-pengeluar kenderaan.
Walaubagaimanapun, kenderaan hibrid mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Antara kelebihannya adalah menggunakan 100% tenaga elektrik, manakala kelemahannya pula adalah penggunaan yang terhad serta mengambil masa yang lama untu kdicas semula.