Thursday, September 6, 2012

Jejaka-jejaka Hot Saentero Dunia


Wajah, tubuh serta bakat yang dikurnia menjadi idaman dan igauan si dara setiap masa di mana saja. Lelaki idaman para wanita, siapa dia? Inilah senarai jejaka-jejaka pujaan si hawa di serata dunia..


1. Brad Pitt


Nama sebenar adalah William Bradley Pitt. Lahir pada 18 Disember 1963. Dikenali sebagai pelakon kacak, berbakat dan terkenal di seluruh dunia. Pada tahun 2000, beliau dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Paling Seksi. Kini beliau menjadi suami kepada pelakon wanita jelita iaitu Angelina Jolie.


2. David Beckham

 

Nama sebenar beliau adalah David Robert Beckham. Lahir pada 2 Mei 1975. Berkahwin dengan Victoria Adams (Posh Spice) dan dikurniakan 3 orang putera.


3. Shah Rukh Khan

 

Dikenali sebagai Shah Rukh Khan, King Khan dan SRK. Dilahirkan pada 2 November 1965. Filem lakonanya yang menjadi hit dan box office sehingga kini ialah Kuch Kuch Hota Hai (1998).


4. Tom Cruise


Nama sebenar beliau adalah Thomas Cruise Mapother IV. Lahir pada 3 Julai 1962. Terkenal dengan filem-filem bercorak aksi seperti Mission Impossible.


5. Johnny Depp

 

Nama sebenar beliau adalah John  Christopher 'Johnny' Depp II. Dilahirkan pada 9 Jun 1963. Dikenali sebagai pelakon paling berbakat di Amerika Syarikat.


6. Bi Rain

 
 
Nama sebenarnya adalah Jung Ji-Hoon. Lahir pada 25 Jun 1982. Beliau merupakan seorang penyanyi pop, penari, pelakon dan model. Juga dikenali sebagai jejaka syampu Clear.


7. Putera William

 

Nama sebenar beliau adalah William Arthur Philip Loius. Lahir pada 21 Jun 1982.


8. Hrithik Roshan

 

Lahir pada 10 Januari 1974. Dikenali sebagai penari yang hebat. Pelakon utama dalam filem blockbuster Kaho Na Pyar Hai pada tahun 2000 dan merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Anugerah Debut Lelaki Perfileman Terbaik menerusi filem tersebut.


9. Cristiano Ronaldo


Nama sebenar beliau adalah Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro. Berasal dari Portugal. Lahir pada 5 Februari 1985. Menduduki tempat ke-3 Pemain Terbaik Dunia FIFA 2007.