Tuesday, September 4, 2012

Tips Berkebun




1. Pagar

Pembuatan pagar adalah penting untuk melindungi tumbuh-tumbuhan dari terkena serangan binatang. Kucing, ayam dan binatang liar seperti musang dan monyet gemar merosakkan tanaman.


2. Pendedahan

Jika anda menanam sayur-sayuran, perlu anda tahu bahawa sayur-sayuran memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam cahaya matahari. Bunga dan tumbuhan mempunyai keperluan cahaya yang berbeza. Oleh itu, harus anda ketahui lokasi kebun supaya tidak terlebih dan terkurang pendedahan terhadap cahaya matahari.


3. Tanah

Ketahui jenis tanah dan pasir yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah yang subur membantu tanaman untuk lebih subur. Oleh itu, anda hendaklah mengetahui beberapa jenis bahan organik yang diperlukan untuk disebatikan bersama-sama tanah.


4. Peralatan

Hendak memupuk lebih semangat, beli sendiri peralatan bercucuk tanam misalnya cangkul, baja, getah paip dan baldi. Semua amat diperlukan dari awal berkebun sehinggalah pokok itu layu dan diganti semula.



5. Jenis tanaman

Anda juga perlu tahu bahawa pokok bunga biasanya memerlukan medium tanah yang poros iaitu jenis memegang dan merangkap air dan perlu batas. Pokok daripada kategori renek pula kuat menyerap air dan seharusnya disiram setiap hari.


6. Tanda lokasi tanaman

Sebelum bercucuk tanam, anda haruslah mempunyai perancangan dan pelan. Tanah berukuran 4 kaki setiap sudut sesuai untuk sayur-sayuran. Manakala pokok bunga pula terpulang pada jenis pokok bunga yang dipilih.