Thursday, September 6, 2012

Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis


Cuti sewaktu menunggu kerja a.k.a tunggu surat posting dimanfaatkan sebaik mungkin oleh saya untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah berjalan-jalan ke serata Malaysia a.k.a melancong. Pada minggu lepas 28 Ogos 2012 saya berpeluang ke rumah member saya di Anak Bukit, Kedah. Stay di sana lebih kurang seminggu dan sempat la jugak berjalan-jalan di Kuala Perlis yang xberapa nak jauh dari Anak Bukit. Adalah dalam 50 kilometer, perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit dari Anak Bukit.

Di Kuala Perlis bukan sahaja ada jeti Kuala Perlis, bahkan ada masjid baru yang diberi nama Masjid Terapung Al-Hussain. Ia lebih kurang masjid terapung di Terengganu tu la, tapi yang ni lebih kecil. Masjid ni agak baru dan memang suasana dalam masjid memang menenangkan sebab boleh nampak laut. Karpetmya juga lembut dan ada aircond :)


Bergambar kenangan


Suasana di dalam masjid
Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis