- Pastikan pemakaian samping lengkap dengan set baju melayu. Pastikan warnanya sepadan dengan warna atau corak samping. tetapi tidak terlalu sama.
- Setiap kali selepas wuduk, pastikan anda membetulkan kedudukan ikatan kain samping. Ia boleh menjadi longgar dan mudah tertanggal jika gulungan/ikatan tidak kemas.
- Ikatan samping biarlah ketat dan kemas. Gulung kain samping dari paras pinggang. Pastikan kaki kain samping tidak terlalu singkat melebihi paras lutut atau terlalu labuh ke paras buku lali.
- Pilih kain samping yang sesuai dengan warna kulit seperti anda memadankan pakaian lain. Anda boleh memilih kain samping konservatif seperti bewarna hitam atau bewarna dengan bentuk kekotak.
- Anda boleh memilih 2 jenis material untuk kain samping sama ada songket (kapas) atau untuk lebih klasik, pakai sarung pelekat berfabrik polister.
Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..