Thursday, September 6, 2012

Tips Tawan Hati Boyfriend Kacak



Memang bukan mudah untuk pastikan si dia yang kacak tidak disambar oleh orang lain. Dengan dugaan-dugaan dari luar tidak mustahil hubungan kamu dan si dia goyah dan mungkin juga tidak mampu bertahan lama. Namun jangan bimbang, ada caranya untuk membantu anda. Jom kita lihat tips-tips berikut yang mungkin dapat membantu anda untuk terus menambat hati si dia yang kacak dan hansome untuk terus menjadi milikmu selama-lamanya.

Bijak dan berdikari

Lelaki tidak suka perempuan yang terlalu bergantung pada dirinya, Cubalah belajar untuk berdikari terutamanya dalam menyelesaikan hal-hal yang remeh. Jangan sampai membayar bil, membeli pakaian dalam dan membeli makanan pun mahu menunggunya. Kamu harus tahu si dia akan kagum melihat kebijaksanaan kamu dalam mengatur hidup tanpa bergantung pada sesiapa.


Tidak hipokrit

Jangan fikir si dia tidak tahu menilai sifat kamu sebenarnya. Walaupun kamu begitu pandai berlakon dan cuba berpura-pura menunjukkan yang terbaik di depannya, percayalah lambat-laun si dia pasti akan tahu juga. Bagaimana kamu sebenarnya. Jadi jangan hipokrit. Si dia akan lebih senang dan rasa selesa apabila dapat mengenali siapa kamu sebenarnya.


Jaga penampilan diri


Bukannya perlu cantik dan bersolek 24 jam tetapi perlulah sentiasa kelihatan kemas dan berpakaian menarik terutamanya apabila keluar dengannya. Si dia akan rasa bangga apabila ada yang memuji kamu berdua ibarat pasangan 2 sejoli sama cantik dan sama padan. Percayalah si dia tidak akan berpaling pada perempuan lain selagi kamu tampak sempurna di matanya.


Berikan sedikit kebebasan

Lelaki memang tidak suka bila dirinya di kongkong. Oleh itu, jangan sesekali mahu berlagak jadi ibu padanya sebaliknya jadilah sebagai teman yang boleh berkongsi apa sahaja dengannya. Di samping itu, berikanlah si dia sedikit kebebasan untuk menghabiskan masa bersama teman-temannya yang lain. Si dia akan rasa lebih dihargai andai kamu memberi kepercayaan padanya.