Showing posts with label scammer. Show all posts
Showing posts with label scammer. Show all posts

Monday, December 23, 2024

Scammer di Facebook

 


Assalamualaikum..

Ada perkhabaran tidak baik, aku baru kena sekem RM50 oleh seorang skemmer di Facebook marketplace/Facebook Group..

Modes operandai dia jual barang elektronik rosak atau separa rosak samada handphone, laptop, ipad atau barang2 elektronik lain dengan harga yang murah..

Untuk kes aku, aku beli iphone xs yg id locked dan belakang case kaca dia pecah dengan harga RM50. Aku nak restore phone aku sebenarnya. Nak amek part seperti lcd dan bateri. lepas Rm50 dibayar, dia block no aku dekat whatsapp..

Walaupun RM50, aku patut bagi kesedaran kat yang lain supaya pisang tak berbuah 2 kali..so aku share dia punya no telephone dan beberapa info perbankan beliau..

No akaun : 7023534835 (CIMB)

Nama : Azrolnizam Sidek

No telefon/whatsapp : 0134151383 / 0107808400

Facebook name : Nizam Sidek

Lokasi : Cheras

Sebenarnya, sebelum transfer aku dah check no akaun dan telefon mamat ni kat Google, tapi bersih dan tiada sebarang rekod mencurigakan, aku mula suspek bila aku tgk profile facebook dia sebab pertama dia locked akaun facebook dia, dan paling aku curiga sebab jumlah kawan dia seramai 33 orang sahaja..ini menguatkan lagi naluri aku bahawa dia seorang scammer..

Aku ada google untuk cari siapa Azrolnizam bin Sidek ni, mungkin ada tersangkut info pasal beliau..akhirnya aku jumpa satu berita kat Malaysiakini tahun 2016, alamat URL dia : 

https://www.malaysiakini.com/news/331457

Korang rasa adakah orang yang sama? Nama dah sejibik dah..sebab kalau nama Azrulnizam dah ramai nama tu, ni sama beb Azrolnizam bin Sidek..jika betol itu beliau, aku doakan dia bertaubat..makan duit haram ni seriously takkan kaya, hanya memudaratkan diri sendiri je..

Adakah beliau Azrolnizam bin Sidek si scammer di facebook? Tak tahulah..harapnya bukan la..mungkin akaun beliau digunakan oleh sindiket penipuan..

Untuk pengetahuan semua, scammer di facebook ni biasanya akan pakai akaun baru dan jumlah kawan dia biasanya tak sampai 100 orang..lama tak kena scam rasanya, aritu ada juga dalam RM90, camni juga dia jual telefon separa rosak, pas transfer duit tros block nombor..tapi aritu aku malas upload kat blog..kalini cam rajin je..nasib hang la Azrolnizam..moga hang insaf la lepas ni..

Ok, guys..itu sajalah perkongsian aku untuk kali..Salam :)

Tuesday, August 24, 2021

Scammer Live FB Bundle

Salam semua,

Saja nak share maklumat scammer live FB..dia menyamar sebagai seller. Dia akan mesej kepada pembeli yang lock/beli barang dari seller yang jual live di FB menyatakan perlu membayar sekian-sekian amaun barang yang telah berjaya dilock/dibeli oleh pembeli. Diharapkan tiada yang akan discam.

Detail scammer :

No Akaun Maybank : 161284122269 - Mohamad Zakaria

No telefon tak perlu aku tulis kerana scammer ni akan tukar2 no lain untuk memerangkap mangsa...

Ni bukti screenshot mesej scammer yang dihantar kepada pembeli :






  


Friday, August 14, 2020

Scammer di Mudah.my

 

Ok, guys,

berita yang agak menyedihkan iaitu aku baru kena scam RM80 dekat mudah.my, damn btol..scammer ni semakin meyakinkan..susah btol nak beza dengan orang yang btol2 nak jual barang..sebab aku dah google no telepon dan no bank dia, tapi clear..maybe scammer baru..

ni detail dia :

Nama Scammer : Muhamad Suhafizi Bin Hamzah

No akan BSN : 0300341000106588

No telepon : 0178331528

dia kata dok jengka, dem kalau aku orang jengka pun memang dia xnak jumpa untuk COD..so guys, beware kepada penjual yang nak jual pos je, bahaya..setelah 12 tahun tak kena scam kat mudah, harini aku terkena..aku anggap je la duit tu sedekah, rasa tak geram dan marah sangat..huhu

salam guys

Thursday, September 27, 2012

Cara Scammer Scam Orang Di Internet



Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ada mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini.
Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.


Modus operandi

a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet
(chatting/ e-mail)

b. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.

c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.


d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.

e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain.
Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.

Nasihat :

Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook PDRM

P/S : Mohon share untuk peringatan bersama :)