Friday, January 16, 2015

Gambar Atuk Dato Seri Mukhriz Mahathir



Mungkin ramai yang belum pernah melihat wajah datuk kepada Dato Seri Mukhriz Mahathir kan?

Gambar di bawah ini adalah wajah ayah kepada Tun Dr Mahathir dan datuk kepada Dato Seri Mukhriz Mahathir iaitu Mohamad bin Iskandar seorang guru Bahasa Inggeris dan Guru Besar pertama di Sekolah Inggeris Alor Setar yg kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.

Daripada raut wajahnya,jelas terpancar karisma seorang pendidik yg tegas. Sebab itulah anak lelakinya bukan saja menjadi seorang Doktor Melayu pertama membuka klinik swasta di Kedah malahan menjadi arkitek pembangunan Malaysia selama 22 tahun.

Jadi,seandainya ada yg bertanya dari mana Dato Seri Mukhriz mewarisi kehenseman beliau itu?

Jawapannya. Lihatlah datuknya dulu. Kuah kalau tak tumpah ke nasi,nak tumpah ke mana lagikan!

Sumber - Mukhriz Mahathir FC