Wednesday, July 27, 2016

Pasar karat Ipoh

Salam semua,

lama rasanya tak post ke blog ni..biasalah bz dgn kerja dan aktiviti semasa cuti..

Baru-baru ini saya berpeluang untuk bermalam di Ipoh. Ipoh di waktu malam kurang menarik kerana tiada tempat seperti 'uptown' di sini. Kalau nak makan memang banyak tempat menarik. Anda hanya perlu Google sahaja.

Pada pagi hari Ahad, terdapat sebuah pasar karat iaitu pasar tempat orang menjual barang 'second-hand'. Pasar ini agak luas dan memang puas hati la berjalan. Pasar ini terletak berhampiran UTC Ipoh dan The Store. Tiap kali saya ke sana, saya pasti akan waze 'UTC Ipoh'.

Di pasar ini, jika anda mahukan sesuatu barang, jangan lupa untuk tawar-manawar. Jika kena pada harganya, si penjual akan menjual barang tersebut kepada anda. Pada kunjungan kali ini, saya membeli koleksi setem USA dan sepasang kasut LOTTO.

Harga koleksi setem USA saya beli dengan harga RM4 di mana penjual mahu menjual dengan harga RM5. Setelah ditawar, beliau setuju menjual dengan harga RM4. Manakala kasut sukan LOTTO saya beli dengan harga RM15. Saya bertanya sebanyak 2 kali kepada penjual kerana tidak percaya dengan harga RM15 disebabkan keadaan kasut yang masih elok dan berjenama. Harga dah memang murah dah, takkan nak tawar lagi ye tak? Kalau tempat lain mau harga RM40-RM70. Tanpa segan-silu dan konfiden saya terus beli.

Setelah penat dan berpeluh berjalan, kami balik ke hotel dengan perasaan yang puas hati dan gembira :)