Monday, September 12, 2016

Mee Hailam D'Perak

Akhirnya mee hailam syamuk/syamok di pekan Parit yang dimasak oleh non-muslim dah ada pesaing terbaru. Kali ni rasanya lebih kurang sama. Bagi saya yang first time merasa haritu, rasa kuah dia hampir sama 99%, manakala mee dia ada beza dia dari segi kekenyalan mee tersebut. Nama restoran yang menghidangkan mee hailam yang dimasak oleh orang Islam tersebut adalah Restoran Mee Hailam D'Perak yang terletak di jalan menghala ke bota kanan. Lagi 2 km nak sampai ke pekan Parit restoran tu berada.

Beroperasi dari pukul 5 petang hingga 11 petang. Biasanya restoran ni akan penuh dan waktu menunggu tu agak lama sebab ramai orang. Ada yang makan dan ada yang bungkus untuk dibawa pulang. Restoran ni akan tutup pada hari Isnin setiap minggu.

Bagi yang tak sempat makan Mee Hailam syamuk/syamok di pekan Parit, boleh lah berkunjung ke Restoran Mee Hailam D'Perak ni.