Salam semua..
Cepat betul masa berlalu, tup tap tup tap dah bulan terakhir Disember 2025. Bulan depan dah Januari 2026. Tahun yang akan menyaksikan umur aku akan berubah dari pangkal '3' ke nombor '4'. Ya tuan-tuan, tahun 2026 bakal menyaksikan umur aku berganjak ke umur 40. Tak sangka dah tua dah aku ni..jiwa macam 25 lagi..
Hari ni aku EL disebabkan anak aku yang kedua tu tak berapa sihat..awal pagi lagi badannya panas. So aku decide nak gunakan cuti aku yang berbaki 4 hari lagi pada bulan Disember ni. Tinggal la 3 hari lagi untuk aku bercuti..mungkin aku akan gunakan lagi 2 hari cuti aku dan tinggalkan 1 hari untuk tahun depan..
Macam biasa la, bulan 12 ni akan busy dengan anak-anak. Separuh masa kita hanyalah untuk layan dorang. Mandi, basuh berak, pakai baju, makan, jalan-jalan.. Kalau boleh aku nak tambah lagi 2 orang anak, tapi bini aku dah bising..katanya 2 orang pun dah kelam kabut..

