Argghhh..semasa aku tulis post nih, aku baru xsampai 4 jam balik dari Genting Highland..fuhh, penat rasanya..bukan apa, penat menunggu giliran nak naik roller-coaster, boat, buaian pusing-pusing tu..bayangkan kena tunggu sejam hanya utk naik skyway..pergh, btol2 menguji kesabaran..
tu belum pegi hari ahad lg, baru pegi hari sabtu..adoyai..
Cuaca di Genting Highland tadi amat mendinginkan dengan tiupan angin yang sepoi2 bahasa dan kadang kala kencang membawa angin banjaran Titiwangsa bersama..fuh, dingin btol, tapi sayang xda kabus...harini puas rasanya meneroka seluruh taman tema outdoor di Genting Highland..walaupun dapat naik sekali pusingan utk setiap permainan, tapi puas rasanya..
Tengah tunggu giliran utk roller-coaster, time ni dalam kul 3.45 ptg, time roller coaster buka kul 4.00 ptg, jenuh nak tunggu, blakang kami dekat 30 orang dah beratur, bayangkan betapa seksanya nak main permainan di Genting Highland time ujung minggu...lenguh kaki dibuatnya
Kami ber-9 bertolak dari Terminal Putra(Gombak) dgn pakej "Go Genting" dgn byran RM41 seorang setelah kami hampa di stesen KL Sentral yg pakej ke Genting Highland sudah "full house", yg ada pukul 3.30 ptg je..so saya try usha di internet dan dpt no fon kaunter tiket "Go Genting" di Terminal Putra" di Gombak..setelah konfirm ada tiket kul 11.45 pagi, kami ber-9 bertolak dari kolej KTMP ke terminal putra menaiki LRT dari stesen Kg. Baru..
Kami bertolak balik dari Genting Highland pukul 9 malam dan selamat tiba di asrama kolej pada pukul 10.16 malam..huhu, nasib baik guard asrama cool jer..kalo x dah lama kami ber-9 kena hambat...
Bergambar kenangan sebelum balik..