Sunday, August 3, 2014

Bagaimana mengenali 'perfume' yang original?




Berikut antara 'Tips' atau tanda mengenali perfume berjenama terkenal yang asli:

Kotak
Semua minyak wangi (perfume) yang asli mesti mempunyai kotak yang menyatakan tempat minyak wangi dihasilkan dan kandungan minyak wangi tersebut. Semak semua ejaan, tempat pengeluaran (made in) dan maklumat pada kotak dengan laman web rasmi pengeluar.


Batch Number
Periksa 'batch number' pada kedua-dua botol dan kotak. Ia mesti sepadan. 'Batch number' biasa akan dicetak mengunakan cetakan laser atau pun 'embossing stamp' pada kotak. Ia tidak sama dengan cetakan lain pada kotak minyak wangi tersebut. Pada bahagian botol, pengeluar akan melekatkan nombor yang sama menggunakan pelekat yg dicetak khas. Sesetengah pengeluar akan melakukan cetakan laser pada botol.

Balutan Kotak
98% pengeluar minyak wangi membalut kotak mereka menggunakan plastik cellophane. Periksa cara balutan. Balutan mestilah kemas dan kesan gam pada balutan adalah minima atau hampir tak kelihatan.

Bau
Jangka hayat minyak wangi bergantung pada kesesuaian reaksi badan pengguna. Boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 jam, bergantung pada keadaan cuaca, suhu dan keserasian pengguna ianya boleh bertahan sehigga 7-8 jam. Ia mempunyai tiga tahap iaitu 'top notes', 'middle notes' dan 'base notes'. Bau minyak wangi adalah belainan pada permulaan semburan dan apabila ia mula bertindak balas dengan kulit pengguna. Biasanya perbezaan boleh dikesan selepas 2 minit.

Kualiti Botol

Pengeluar terkenal minyak wangi akan menjaga kualiti produk mereka. Botol mestilah dari kaca yang berkualiti. Pembuatan botol adalah sempuna tanpa kesan pudar atau kecacatan yg nyata dengan penutup botol yg tidak longgar walau dibuka berkali-kali. Sesetengah pengeluar menggunakan 'magnetic cap' untuk produk mereka.

Tester Perfume
Mempunya ciri perfume seperti di atas.
- Didatangkan dalam kotak tester. Biasanya berwarna putih atau coklat.
- Tidak dibalut dengan plastik cellophane.
- Mempunyai cetakan atau pelekat TESTER dan NOT FOR SALE pada botol dan kotak.

Original Reject Perfume

INI ADALAH BARANG TIRUAN. Pengeluar minyak wangi tidak pernah mengeluarkan produk mereka yang mempunyai kecacatan untuk menjaga reputasi mereka. Produk yg tidak menepati piawaian akan dimusnahkan atau dibuat semula. Jika diperhatikan, produk ORIGINAL REJECT ini hanya boleh didapati di Malaysia, Indonesia atau Thailand sahaja. Adakah hanya produk berjenama terkenal sahaja mempunyai reject? Mengapa produk kurang terkenal seperti Das****, Br**, Encha*** dan sebagainya tidak mempunyai reject?
Cuba-cubalah fikirkan.

Bahaya Barangan Tiruan
Memakai barangan tiruan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan tidak dijamin selamat. Ia mungkin mendatangkan masalah kesihatan jika digunakan. Semua minyak wangi yang tulen telah mendapat pengitirafan bahawa ianya selamat untuk digunakan.

Sumber : Dewata Wangian