Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Showing posts with label perfume. Show all posts
Showing posts with label perfume. Show all posts
Sunday, August 3, 2014
Bagaimana mengenali 'perfume' yang original?
Berikut antara 'Tips' atau tanda mengenali perfume berjenama terkenal yang asli:
Kotak
Semua minyak wangi (perfume) yang asli mesti mempunyai kotak yang menyatakan tempat minyak wangi dihasilkan dan kandungan minyak wangi tersebut. Semak semua ejaan, tempat pengeluaran (made in) dan maklumat pada kotak dengan laman web rasmi pengeluar.
Batch Number
Periksa 'batch number' pada kedua-dua botol dan kotak. Ia mesti sepadan. 'Batch number' biasa akan dicetak mengunakan cetakan laser atau pun 'embossing stamp' pada kotak. Ia tidak sama dengan cetakan lain pada kotak minyak wangi tersebut. Pada bahagian botol, pengeluar akan melekatkan nombor yang sama menggunakan pelekat yg dicetak khas. Sesetengah pengeluar akan melakukan cetakan laser pada botol.
Balutan Kotak
98% pengeluar minyak wangi membalut kotak mereka menggunakan plastik cellophane. Periksa cara balutan. Balutan mestilah kemas dan kesan gam pada balutan adalah minima atau hampir tak kelihatan.
Bau
Jangka hayat minyak wangi bergantung pada kesesuaian reaksi badan pengguna. Boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 jam, bergantung pada keadaan cuaca, suhu dan keserasian pengguna ianya boleh bertahan sehigga 7-8 jam. Ia mempunyai tiga tahap iaitu 'top notes', 'middle notes' dan 'base notes'. Bau minyak wangi adalah belainan pada permulaan semburan dan apabila ia mula bertindak balas dengan kulit pengguna. Biasanya perbezaan boleh dikesan selepas 2 minit.
Kualiti Botol
Pengeluar terkenal minyak wangi akan menjaga kualiti produk mereka. Botol mestilah dari kaca yang berkualiti. Pembuatan botol adalah sempuna tanpa kesan pudar atau kecacatan yg nyata dengan penutup botol yg tidak longgar walau dibuka berkali-kali. Sesetengah pengeluar menggunakan 'magnetic cap' untuk produk mereka.
Tester Perfume
Mempunya ciri perfume seperti di atas.
- Didatangkan dalam kotak tester. Biasanya berwarna putih atau coklat.
- Tidak dibalut dengan plastik cellophane.
- Mempunyai cetakan atau pelekat TESTER dan NOT FOR SALE pada botol dan kotak.
Original Reject Perfume
INI ADALAH BARANG TIRUAN. Pengeluar minyak wangi tidak pernah mengeluarkan produk mereka yang mempunyai kecacatan untuk menjaga reputasi mereka. Produk yg tidak menepati piawaian akan dimusnahkan atau dibuat semula. Jika diperhatikan, produk ORIGINAL REJECT ini hanya boleh didapati di Malaysia, Indonesia atau Thailand sahaja. Adakah hanya produk berjenama terkenal sahaja mempunyai reject? Mengapa produk kurang terkenal seperti Das****, Br**, Encha*** dan sebagainya tidak mempunyai reject?
Cuba-cubalah fikirkan.
Bahaya Barangan Tiruan
Memakai barangan tiruan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan tidak dijamin selamat. Ia mungkin mendatangkan masalah kesihatan jika digunakan. Semua minyak wangi yang tulen telah mendapat pengitirafan bahawa ianya selamat untuk digunakan.
Sumber : Dewata Wangian
Saturday, March 8, 2014
Perfume Replika Murah
Salam semua,
harini saya nak posting pasal perfume replika..aku berminat dgn perfume replika sebab ianya murah daripada original, bukan murah sikit, BANYAKKK..lagipun kualitinya agak okay la..
di sini aku nak kongsikan cara nak dapatkan sebotol harga perfume replika dengan harga yang sangat murah iaitu dalam RM20 - RM25 sebotol..untuk pengetahuan semua, kalo harga pasar malam sebotol RM40 - RM60 , kalo nego kaw2 pun mungkin leh dapat harga paling rendah dalam RM30 - RM35.
Begini, anda semua tahu x plaza pemborong GM kat terletak kat chow kit dan bukit tinggi klang?? Ahaa..dekat sana anda leh dapatkan harga borong bagi perfume replika nih..tapi rahsianya anda kena beli 3-6 botol sekaligus.., kalo beli satu kena harga RM30- RM35, ok la tu kita beli banyak, kita leh bwat stok atau bagi pada kawan atau teman tersayang..
harga borong biasa sebotol pewangi ni RM25, tapi kalo anda pandai nego, anda leh dapatkan harga RM120 untuk 6 botol..kalo pandai ayat, leh dapat lagi murah..SERIOUSSS...
nah tgk gambar perfume replika yang saya borong.. :)

Isipadu setiap pewangi dalam botol ni adalah dalam 100ml ke 125 ml..wangiiiiiii
Tuesday, September 4, 2012
Asal perkataan "PERFUME'
Perkataan 'perfume' yang digunakan di dalam bahasa Inggeris sekarang sebenarnya berasal dari perkataan Latin 'per fumum' yang membawa maksud 'melalui asap'. Jika dilihat kembali kepada sejarah minyak wangi yang dihasilkan, ia sebenarnya bermula di tamadun Mesopotamia & Mesir.
Kemudian kedatangan tentera Roman dan Parsi telah berjaya mengembangkan penggunaan minyak wangi ke serata Eropah & Asia. Antara manusia pertama yang mencipta minyak wangi adalah seorang wanita bernama Taputti. Dia dipercayai menjadi orang pertama yang mengkomersialkan minyak wangi di Mesopotamia.
Subscribe to:
Posts (Atom)