Thursday, June 16, 2022

Bigo Live


Salam semua,
 
Baru beberapa bulan lepas aku mula bermain app Bigo Live ni..tujuan aku mula-mula nak usha-usha je apa yang dorang buat semasa live di Bigo..akhirnya aku jadi macam 'addicted' dengan app ni..mula-mula tu memang nak tgk perempuan2 seksi je sini, tapi Bigo ada lebih lagi yang korang boleh perolehi..maksud aku duit, kawan dan haters. Bukan hanya perempuan2 seksi je ada di sini, ustaz pun ada live untuk berkongsi ceramah dan tazkirah secara online.

Buat live di Bigo ni semacam korang bekerja. Pendapatan korang berdasarkan nilai 'sawer' yang diterima setiap kali korang live. 'Sawer' tu bermaksud audiens bagi gift pada korang, pada host yang tgh live tu. Bukan hanya tertumpu pada host yang live, Bigo juga ada menyediakan 'game-game' yang menawarkan 'diamond' pada pemainnya. Yang ni memang cam judi la, bertaruh luck untuk dapatkan something.


Segala-galanya di Bigo memerlukan user 'topup' diamond untuk sawer host atau bermain permainan di Bigo. Boleh tidak keluarkan duit utk app ni, tapi kebanyakkan host kurang melayan pada individu-individu yang tidak 'sawer' mereka dan akaun anda akan susah untuk naik level. 

Aku sendiri pun dah terjebak untuk sedekah RM kat app ni. Tapi tak kemaruk sangat la, ada la dalam RM100 sudah hangus disalurkan kepada app ni. Tapi pada masa yang sama aku nak uji app ni bagaimana. Mungkin dalam masa terdekat ni, aku nak keluarkan 1 video untuk app Bigo Live ni. Sebab app ni pun boleh hasilkan duit dari online..hehehe