Monday, October 31, 2022

Oktober yang mencabar..


Salam semua..

Harini 1 November 2022..berakhir sudah bulan Oktober..bagi aku bulan Oktober 2022 adalah salah satu bulan yang agak mencabar bagi aku..

bermula dengan laptop yang rosak..ya laptop yang aku gunakan untuk edit video youtube, simpan file..dah rosak..laptop aku tak boleh masuk ke windows 10..asyik2 kata repair2..even aku dah format pun masih sama masalah yang terjadi, selain lambat nak masuk ke windows, ianya juga lambat loading kalau kita bukak apa2 program seperti firefox contohnya..abis file2 video yang akan datang untuk edit, 2 video seterusnya..semua file telah hilang..setelah aku format laptop..

Selain itu, keadaan anak-anak aku yang sakit, bermula dengan anak kedua aku yang berumur 1 tahun 4 bulan..mula muntah2 pada hari Sabtu tengahari 22 Oktober 2022..muntah dengan berbelas kali selain cirit..2 kali ke hospital..pertama kali check darah ok, setelah bawak balik rumah, selang beberapa hari anak aku semakin lemah, di bawa ke hospital lagi dan akhirnya admit ward..admit ward sehari, selepas 2 kali masuk drip, keadaan dia bertambah baik, sebab dehidrasi menyebabkan anak aku lemah dan lembik..anak aku disahkan positif rotavirus..

setelah anak ke-2 di bawa balik, anak aku yang berumur 4 tahun mula menunjukkan simptom2 seperti rotavirus, bermula hari Selasa 25 Oktober 2022 dia dah mula muntah sekali dan merengek cakap sakit perut..akhirnya pada 26 Oktober 2022 bersamaan hari Rabu, dia kerap muntah dan di bawa balik ke rumah oleh isteri aku yang terpaksa off kerja petang.

Pada malam Rabu 26 Oktober 2022 bermulalah simptom teruk iaitu muntah dan cirit yang melampau yang di alami anak pertama aku. Selama beberapa hari beliau kerap muntah dan mengadu sakit perut. Semalam 31 Oktober 2022 masih ada muntah tetapi jarang..dan cirit birit juga sudah mulai reda. Bagi anak-anak yang terkena rotavirus, pastikan minum air yang banyak, kerana rotavirus ni menyebabkan kanak-kanak muntah-muntah dan cirit-birit yang tak terkawal..

Pada 1 November 2022 juga aku terpaksa mengambil cuti sehari lagi untuk menjaga anak pertama aku ni, menyebabkan cuti tahun aku tinggal 5 hari. (Aku telah ambil cuti pada Rabu 27 Okt 2022 dan Khamis 28 Okt 2022). Harap beliau akan sihat walafiat pada keesokkan harinya..Aminnn