Saturday, February 13, 2016

Jenis-jenis Harimau Belang

Harimau belang ni sebenarnya ada beberapa jenis dan spesis. Bukan harimau belang tu semua sama, cuba tengok gambar di bawah ni..klik gambar untuk besarkan.


Kenapa Wanita Tak Layan Lelaki?




Pernah tak korang nak tackle perempuan ni tapi dia tak layan. Dia tak pandang langsung korang. Reaksi korang tentulah, "Eh sombong, bukan lawa mana pun." Haa izinkan Dr.Cinta bagi pencerahan terlebih dahulu kat korang.

Tak semestinya perempuan tu reject korang, dia tu sombong, tapi ada sebab lain kenapa perempuan tak layan korang. Contohnya...

1. Kurang keyakinan diri 

 
Bukan korang, tapi si gadis tu sendiri. Dia mungkin insecure sebab rasa diri tak cantik atau tak menarik. Jadi bila lelaki cuba nak usha, dia rasa korang hanya menyakat je dan tak serius pun nak kat dia. 

 

2. Ayat mengalahkan Mat Romeo 

 
Nak ayat seseorang kau suka memang tak salah tapi dia jadi salah bila kau ayat melebih-lebih bro. Pada pemikiran si gadis mungkin korang ni scaryyy. Contoh ayat yang over: "hai awak..awak comel sangat..awak buat saya termimpi-mimpi..nak wassap awak please3..saya single dan saya teringin sangat nak kapel ngan awak.." Selamat jalan la kalau macam ni. 

 

3. Pengalaman lalu 

 
Ini normal la. Korang pun kalau dah lepas break dengan seseorang, mesti susah nak terima orang baru. Betul tak? Same goes to the ladies. Perempuan ni pun ambil masa lama untuk move on. 

 

4. Tak cukup syarat

 
Memilih! Korang mungkin tak menepati kriteria jejaka idaman si gadis. Mungkin korang terlalu hensem walhal si gadis hanya nak lelaki sederhana je. Yela perempuan ni takut kalau teman lelaki terlalu hensem, akan jadi rebutan awek-awek cun di luar sana. Atau pun kau ni hitam manis padahal si gadis nak yang qu puteh qu puteh. Contoh... 

 

5. Setia 

 
Si gadis tak pandang korang sebab dia setia pada yang satu. Dia dah berpunya! Alahai melepas la korang.

Dr.Cinta tak nak lepas ni korang cepat sangat cakap perempuan tu sombong. Spesies sombong memang ada, tu Dr.Cinta tak nafikan tapi bukanlah semua. Alright? Bunga pun bukannya sekuntum. Tak dapat yang ini, esok korang cuba menang hati gadis lain pulak. Life must go on!


Sumber : Fesbuk

Mee Hailam Parit

Pernahkah anda rasa mee hailam Parit, Perak?

pergh, bagi saya mee hailam tersedap pernah saya rasa. Dari rasa kuah dia, ada kacang2 sikit pastu mee dia buat sendiri plak tu. Kalau berkesempatan ke Parit di daerah Perak Tengah, jangan lupa try mee hailam nih. Lokasi kedai dia kat medan selera pekan Parit, Perak.

Nah blanja sikit gambar..


Friday, February 12, 2016

Buah Ajaib

Buah betik tapi macam buah pisang..sekali imbas sebijik buah pisang..

Sunday, January 31, 2016

Gambar Amy Search sewaktu kecil


Berikut adalah gambar Suhaimi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Amy Search sewaktu kecil. Comel kan beliau? Naik beskal lagi..

Tuesday, January 19, 2016

Hutan Lipur Lentang

Salam semua,

nak bercerita ni, memang feveret den mandi air terjun, air dia sejuk dan hutan sekeliling pun mendamaikan. Hujung minggu kalau takda aktiviti memang akan pergi berjalan. Kali ni nak berjalan ke Hutan Lipur Lentang. Hutan lipur ni senang je nak pegi, xyah masuk kedalam sangat. Dia tepi highway LPT je.

Kalau korang dari Gombak tu, memang dekat la..dapat berendam sambil dengar bunyi air jatuh memang mendamaikan. Sangat disyorkan sapa2 yang stress keje tu mandi air terjun. Pasti hilang segala tekanan perasaan dan stress anda tu.



Mandi sambil makan lagi 'heaven' boh..

Monday, January 18, 2016

Senarai punca-punca suami isteri bercerai


Berikut merupakan punca-punca remeh yang menyebabkan keruntuhan rumahtangga di Malaysia nih.


Sila klik gambar untuk besarkan.

Bandar Country Homes, Rawang


Bandar Country Homes, Rawang terletak di hujung-hujung Rawang. Disinilah terletak rumah sewa aku, di Pangsapuri Las Palmas.Dekat 3 tahun lebih aku menyewa di sana. Sebenarnya sewa bilik jea..

Selepas isteri dapat kuarters di Hospital Shah Alam. maka aku pun berpindah..kenangan di Bandar Country Homes, Rawang tak dapat aku lupakan. Best di sini..tak jem, Aeon Anggun di belakang jea..dekat je..pasar malam setiap Khamis dan Ahad.

Nasi Kak Wok

Pernahkah korang makan nasi kak wok? Dengar kata asal usul nasi ni datang dari Kelantan. Tak pasti lak aku dari mana datangnya. Rasanya Kelantan la kot kan? Yang pastinya nasi dia simple jea, nasi putih+ayam goreng panas+kuah kari+sambal belacan.

Bila aku tgk kedai yang jual nasi ni, sentiasa penuh dan abis. Aku rasa kekuatan nasi ni terletak pada ayam goreng dia yang rangup dan panas tu. Kalau dah sejuk mesti tak sedap. Ianya wajib di makan panas-panas barulah sedap.

Jom layan sikit gambar dia..slurrppp~

Zizan Razak ada kembar!

Ramai yang tak menyangka Zizan Razak ada kembar, aku pun tak percaya, ingatan dorang main-main. Rupanya betol! Kalau tak percaya cuba tengok gambar di bawah ni!!















Hahahahaha, kembar lain mak lain bapak

Kuey Teow basah beserta udang lobster!

Sebenarnya aku x leh makan seafood, nanti area mulut aku akan rasa gatal-gatal..gambar kat bawah ni di send ke wassap aku, nampak sedap kan? Udang dia mak aih, besar penumbuk..aku tak tau lokasi mana nih, kalo korang tau, kongsi-kongsi la yea..


Perihal keropok lekor

Keropok lekor, hurm..sedap di makan panas-panas..
Keropok lekor kesedapannya terletak pada sosnya, tu pada pandangan aku la..
kalau sos cili dia sedap, bermakna sedap la keropok lekor tersebut..manakala kalo sos cili dia tak sedap, tak sedap la keropok lekor tersebut..

Keropok lekor ni sedap di makan ketika lapar petang-petang dengan air teh panas, superb!