Thursday, November 24, 2016

Hotel De Palma Kuala Selangor

Berkesempatan untuk kursus di sini selama 3 hari 2 malam. Tempat yang agak best untuk lari dari kesibukan kota. Cuma aktiviti malam tak berapa nak ada. Cuma ada kelip2 je kat Kampung Kuantan.













Wednesday, November 23, 2016

Stesen minyak SHELL yang unik

Stesen minyak SHELL di bawah ni saya jumpa semasa perjalanan saya dari Tanjung Malim ke Slim River menggunakan jalan lama. apa yang unik bagi saya, bumbung stesen itu yang begitu rendah menampakkan seolah-olah ianya stesen minyak mini. Comel kan? Jarang-jarang kita dapat lihat kat Malaysia ni..

Nasi 7 Benua

Nasi 7 Benua dari Pulau Pinang, nampak macam sedap..saya pun tak pernah makan lagi. Bagi yang pernah try, dorang kata sedap. Kalau nak cuba nama tempat makan dia Koo Boo Cafe.

Tuesday, November 15, 2016

Derma darah

Anda takut jarum? Begitulah juga aku dulu sebelum derma darah. Jarum dia besar bhai, tentu sakit..tu lah yang selalu bermain di benak fikiran aku sebelum aku officially derma darah buat pertama kalinya pada tahun 2010 pada usia aku 24 tahun.

Benda yang anda akan rasa selepas derma darah, taktau aku nak gambarkan..cuma rasa lega dan rasa berjasa pada agama, bangsa dan negara. Ececece..lagipun darah kita akan digantikan semula oleh sistem tubuh badan. Kalau tak derma rugi la sebab sel-sel darah akan tetap digantikan.

Lagipun lepas derma darah dapat makan free, kadang2 dapat souvenir/ole-ole dari pihak penaja sesuatu program ambil darah. Tak tahu jenis darah anda? Apabila anda mendaftar sebagai penderma darah, anda serta-merta akan diberitahu jenis darah anda. So, pe lagi..jom la derma darah. Jadi regular blood donor setiap 3 bulan sekali.

Payment ke-25 dari microWorkers

Payment ke-25 selamat saya terima pada 14 November 2016. Ternyata microWorkers salah satu program mencari duit di internet yang boleh dipercayai!

Untuk info lebih lanjut, sila ke : http://microworkerz.blogspot.my/

Payment ke-24 dari microworkers

Payment ke-24 daripada microWorkers sejumlah USD11.00 selamat saya terima pada 7 September 2015. Minta maaf sebab lambat update.

 Info lebih lanjut, sila ke : http://microworkerz.blogspot.my/

Monday, November 14, 2016

Nasi Vanggey Ipoh

Jika anda berkunjung ke Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi kandar yang terkenal di Ipoh iaitu Nasi Vanggey.

Tuesday, November 8, 2016

Hotel First World, Genting Highlands

Nak bercuti di Genting Highlands?

Pastikan anda rancang percutian anda tu terlebih dulu. Cuba ambil cuti pada hari bekerja. Jangan pergi ketika cuti sekolah atau cuti umum kalau anda tak mahukan kesesakan dari segala hal.

Harga hotel juga murah di kala hari bekerja. Kisah saya di Genting Highlands adalah apabila survey2 harga hotel di Genting Highlands. Memang murah pada hari pekerja. Bayangkan saya dapat harga RM58 di Hotel First World. Apalagi terus tempah.

Naik Genting pakai kereta sebab pergi berdua, mahal juga harga kereta kabel, RM8 seorang sehala. kalau pergi balik berdua sudah RM32. Baik kami naik terus ke puncak walaupun makan sedikit minyak. naik bukit la katakan..berderam bunyi enjin tatkala memanjat bukit.

Parking di lot hotel, terus je check-in. Bagus hotel ni sebab dia boleh check-in pakai komputer. hanya perlukan kad pengenalan anda. Tapi pastikan cip kad pengenalan anda boleh dibaca, kalau tidak kena check-in secara manual juga.

Nombor bilik kami

Bilik yang beharga RM150-RM180 pada hari minggu, cuma RM58 pada hari bekerja. Buat pilihan yang bijak. rancang cuti anda terlebih dahulu.

Bila lihat bilik di atas, pastinya selesa walaupun tiada air-cond! Ya, memang tiada. Masa balik baru tahu sebab tiada air-cond. Udara di sini amat sejuk! Walaupun tengahari matahari memancar, tapi udara di sini sejuk. Tambahan angin agak kencang di atas ni. Mungkin suhu dalam 22-27 darjah celcius sahaja. Hanya bukak tingkap dah boleh rasa air-cond semulajadi. Patutlah tiada air-cond, ada kipas sahaja.

Patut lah hotel ini mampu memberi harga bilik RM58 untuk semalam, tiada aircond rupanya. So, bil elektrik pun boleh dijimatkan.

Parking lot hotel



Pemandangan dari tingkap bilik

Pulau Redang, Terengganu

Gambar di bawah adalah gambar2 yang sempat di ambil di Pulau Redang, Terengganu.



Kacang Putih S.R. Ipoh

Kalau berkunjung ke Ipoh, jangan lupa borong kacang putih kat sini. Beli banyak lagi murah.




Ferris Wheel i-City

Ferris wheel i-City. Boleh dilihat dari lebuhraya persekutuan.


Rumah Datin Halijah

Rumah Datin Halijah. Aku sempat pergi ke sini untuk majlis perkahwinan sahabatku. Memang unik sebab ada rumah kayu di sebelah tempat berlangsungnya majlis.


Juasseh Agro Park

Juasseh Agro Park, satu tempat yang sesuai untuk aktiviti 'team-building' dan kursus jati diri. Selain itu, ada juga tempat membela lembu susu di sini yang diberi nama NS Dairy Farm.