Monday, May 19, 2008

Google Adsense - Sumber kewangan melalui pengiklanan

Saya hanya perlukan 5 minit sahaja untuk terangkan secara ringkas kepada anda apa yang dikatan mencari duit dengan internet, myspace, mirc atau apa sahaja yang melibatkan internet. Kenapa tidak sambil kita berhibur kita menjana pendapatan sampingan. Jangan risau sekiranya anda bukanya Lulusan IT kerana saya juga seperti anda.Pendapatan internet terdiri dari beberapa cara diantaranya adalah Google Adsense.

Apa itu Google Adsense? Google adalah diantara salah satu laman carian yang terbesar didalam dunia, manakala Adsense pula adalah salah satu program pengiklanan dan carian.Bagaimana cara memperolehi pendapatan melalui Google Adsense ? Adsense berfungsi membuat pengiklanan didalam website, sila lihat contoh dibawah :Rajah diatas menunjukan contoh pengiklanan dimana kotak kecil dibahagian kanan halaman tersebut dikenali sebagai Adsense.
Setiap kali pelayar internet menggunkan/klik diruang Adsense didalam website atau homepage anda maka Google akan membayar kepada anda (cpc) commission per click semakin ramai yang melayari halaman anda dan menggunakan Adsense maka semakin tinggi bayaran yang akan diterima, mengikut jumlah yang telah ditentukan oleh Google. . Google Adsense akan membayar anda bermula dari 100USD sehingga boleh mencecah 30,000USD atau lebih sebulan.Setiap jumlah pembayaran boleh dilihat setelah anda mendaftar dengan Google Adsense.
Pembayaran akan dihantar melalui pos dengan menggunakan cek.

Saya seorang yang tidak tahu IT,bagaimana saya boleh melakukanya?
Jika ini merunsingkan anda biar saya kongsikan sedikit tips. Peringkat permulaan anda perlu memiliki sebuah website. Maklumat yang ingin dikongsikan atau perkhidmatan yang disediakan perlu lah menarik (Koleksi2 artikel,Informasi,Berita,Perkhidmatan dan lain2 lagi).
Idea dah ada tapi macamana nak buat website ni???Mana ada modal beribu2!!




Mudah sahaja.. kini anda boleh memiliki website dengan harga yg lebih murah bermula RM500 (termasuk hosting dan domain).Blog:Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai modal anda boleh bermula dengan menggunakan blog-blog percuma seperti yang saya gunakan sekarang.
Apa itu hosting dan domain?(website sahaja)
Domain = http://www.free-iklan.com/ "free-iklan.com dikenali sebagai Domain atau lebih mudah difahami sebagai No. rumah.
Hosting pulak adalah server = Http (Acacia,Basil,Daisy,Layang dan sebagainya)atau lebih mudah difahami sebagai alamat.
Setiap rumah mesti ada no rumah dan alamat untuk mengirim dan menerima surat sistem yang serupa pada website.
Website dah ada, apa lagi nak kena buat?

Tahniah! website dah ada..daftarlah google adsense http://www.goolge.com/adsense sangat mudah anda hanya perlu mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh Google adsense. Setelah selesai pendafataran bina adsense anda dan masukan kod adsense anda di dalam lampiran HTML.Tetapi jika anda menggunakan blogspot seperti saya blog telah menyediakan ruang adsense anda cuma perlu memasukan ID adsense anda sahaja.Kini anda telah memiliki sebuah laman yang boleh menjana pendapatan sampingan untuk anda.PengiklananTerdapat banyak laman-laman web yang menyediakan pengiklanan percuma diantaranya lama web saya sendiri http://www.free-iklan.com jika anda perlukan lagi link anda boleh memasuki laman web saya untuk mendapatkan link bagi pengiklanan percuma.Ilmu telah dikongsikan yang terserahlah kepada anda samada anda ingin berusaha mencuba atau tidak.
Sumber - free-iklan.com