Saturday, May 10, 2008

SurfJunky - Salah satu daripada penipuan internet

Laman web SurfJunky.com

Surf Junky Batalkan Akaun Anda Bila Anda Ingin Mohon Bayaran!

Anda sukakan Surf Junky? Siapa yang tidak sukakan wang mudah. Tetapi apabila wang anda mencecah $25, yang membuatkan anda layak untuk mengeluarkan wang anda, Surf Junky akan memulakan proses mengetepikan anda dan seterusnya membatalkan akaun anda.
Akaun anda akan dipadam, dan anda langsung tidak berkuasa menghalangnya.
Surf Junky akan menuduh anda menggunakan program-program yang tidak dibenarkan untuk mempercepatkan kadar kenaikan wang anda, tidak kiralah samada benar anda menggunakannya atau tidak. Anda akan dituduh dengan tuduhan sebegini tidak kira apa pun pembelaan yang anda cuba lakukan, walaupun anda sememangnya mematuhi setiap undang-undangnya. Ini adalah rancangan jahat mereka untuk menidakkan hak anda.

Surf Junky Memakan Wang Anda!

Mengapa agaknya mereka berbuat begini? Mudah sahaja, untuk mendapat wang mudah. Wang yang banyak. Setiap kali anda mewujudkan trafik dengan cara 'refresh' pada iklan-iklan dalam Surf Junky, mereka akan dibayar oleh pemilik iklan berkenaan. Malang bagi anda, kerana Surf Junky menyedari bahawa mereka akan lebih untung dengan cara tidak membayar wang anda seperti yang telah dijanjikan, dan di luar kesedaran anda, anda akan terus melayari website iklan mereka seterusnya memberikan mereka lebih keuntungan.
Teknik sebegini tidak akan kekal lama. Surf Junky menyedari hakikat ini, dan sememangnya mereka tidak bercadang untuk berada dengan lama di pasaran. Bila tiba masanya, mereka akan mengambil semua wang yang mereka telah berjaya dapatkan, dan terus menghilangkan diri, tanpa membayar anda apa-apa.


Siapakah Di Sebalik Surf Junky?

Pihak kami sudah menjalankan siasatan terperinci berkenaan dalang di sebalik website ini. Apa yang kami perolehi amat memeranjatkan, dan buat masa ini kami akan simpan dahulu maklumat ini sehingga tiba masa yang sesuai kelak. Apa yang kami boleh simpulkan ialah kami telah berjaya menyiasat latarbelakang Primo Creations, "syarikat" di belakang Surf Junky; Jean Marc, "presiden" bagi Primo Creations; dan turut disiasat ialah individu-individu yang berkait dengan Jean Marc yang mana nama mereka tidak akan didedahkan lagi buat masa ini.
Sekiranya anda mempunyai hubungan rapat dengan Jean Marc dan Surf Junky, kemungkinannya ialah kami sudah sedia mengetahui siapa anda dan apa yang anda telah kerjakan. Sila tampil ke hadapan dengan maklumat yang anda ketahui supaya kita boleh bekerjasama dan kami pula tidak perlu mendedahkan identiti anda kepada pihak berkuasa.
Sekiranya anda juga mempunyai apa-apa maklumat berkenaan Jean Marc, Primo Creations, atau apa-apa yang berkenaan, sila email kepada saya di echelon@gmail.com, dan kami akan mendedahkannya di sini.

Apa Yang Boleh Disimpulkan Di Sini

Mungkin ada di antara anda yang telah menyedari tentang penipuan ini dengan membaca tentangnya di mana-mana, tetapi ketahuilah bahawa penyiasatan intensif memang sedang berjalan terhadap Primo Creations dan penipuan-penipuan mereka sebelum ini.
Sebelum ini mereka mengeksploitasikan ahli dengan program Autosurf.biz. Kaedah operasinya juga adalah serupa seperti Surf Junky, cuma nama sahaja yang berbeza. Primo Creations melancarkan program tersebut, kemudian menarik ahli supaya melayari iklan untuk mendapatkan wang, kemudian mereka menghilangkan diri dengan kesemua wang tersebut. Tidak satu pun ahli mereka telah dibayar.
Mereka turut menjual hak ke atas website Autosurf.biz kepada pihak lain, dan ternyata website itu penuh dengan masalah.
Website ini mendedahkan juga kiraan matematik di sebalik program Surf Junky. Setelah anda membacanya, anda sendiri akan mendapati bahwa mustahil bagi mereka membayar sebegitu banyak wang kepada ahli-ahli mereka.

Akhir Kata

Sekiranya semua yang dinyatakan di sini tidak dapat meyakinkan anda, maka terbukti Surf Junky telah berjaya meyakinkan anda untuk menyertai skim mereka ini. Anda akan bertindak sebagaimana yang mereka mahukan. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa penipuan mereka. Jangan biarkan mereka mengaut keuntungan dengan menipu pengguna lain.
Forum ini diwujudkan untuk meneliti gerak-geri Surf Junky, dan saya cadangkan anda agar menyertai forum ini untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang penipuan-penipuan yang mereka lakukan.


Tindakan Akan Diambil

Kami akan memaksa Jean Marc untuk tunduk kepada pihak berkuasa, dan website ini hanya sebahagian daripada usaha yang kami akan laksanakan. Syarikat penipuan mereka akan ditumbangkan. Hanya masa yang menentukan.

© 2005 Merkey.net , translated by shamsulfakhar.