Masih teringat saya dahulu pada tahun 2003-2004, game online ini begitu digemari oleh gamers malaysia ketika itu, sehinggakan saya sanggup kumpul duit poket sekolah untuk bermain selama 2 jam sehari kerana begitu 'gila'kan game ini..antara faktor-faktornya mungkin kerana character-characternya yang kiut, ianya FREE, dan perjalanan gamenya lancar tanpa sebarang 'lag'..seingat saya, ada lebih kurang 10 ribu pemain dalam satu-satu masa dalam 5 server yg berlainan.
Namun, ketika ini iaitu hari ini, semuanya berubah...Ragnarok Online bukan lagi pilihan utama gamers2 tempatan..bilangan pemain yang online pada satu2 masa juga sudah tak sampai 100 orang, dan server juga dah digabungkan dari 5 ke 1 server sahaja..ini berubah sejak sistem pembayaran dikenakan ke atas pemain..permainan ini kehilangan pemain yang ramai sejak pembayaran dikenakan...Maklumlah, semua pemain terdiri dari golongan remaja dan berumur 30 ke bawah..saper nak kluar duit nak bayar yuran yg agak mahal dan duit cyber cafe?? bagi pengetahuan semua, mereka kenakan bayaran mengikut poin, 20 poin(12 jam) = RM2, dan pemain mestilah beli kad 40 poin(RM4) atau 150 poin(RM15). Ada juga kad bulanan yang menyediakan log masuk tanpa had selama sebulan..harganya RM38.
Bagi saya, punca kejatuhan permainan online ini di antara gamers2 Malaysia adalah :
Cuma 1 ; Sistem pembayaran yang menekan pemain.