nak citer sikit kisah yg berlaku start malam semalam(20 Dec 2010), saya stiap malam saja la usha mudah.my dan lelong.my utk tgk brg2 komputer, then sampai kat lelong.my, saya usha la laptop..sampainya ke page 8, saya agak teruja tgk sebuah laptop Toshiba Sattelite A60 dimana masa utk tamat utk membida tinggal lagi 14 minit dan anda tahu berapa harga pada masa itu? RM201!!..ni spec dia :
- Intel Celeron (R) CPU 2.7GHz,
- 500MB RAM,
- 40GB HDD x 1
- DVD Drive x 1
- 14inch display
- PCI Port x 1
- USD Port x 3
- Battery has some problem & can last only 20mins.
- Carrying bag (1) included
saya lihat berulang kali dan resfresh byk kali laman tersebut, dan lihat samada laptop tu ada mengalami sebarang calar atau pecah2..nampak semua ok, spec pown ok la nak surf tenet, layan muvie, bwat keja di ms word..tgk seller yg jual tu pown rating dia 100% good..tambahan pula elaun baru kluar..
so, apabila masa membida tinggal 19 saat lagi, saya pun bida la ngan nama saya, jadi RM202.. apabila saya bida, masa membida akan dipanjangkan selamat 3 minit, dalam masa 3 minit tu saya harap xda la org lain yg nak 'fight' bid ngan saya, kalo x mmg akan melambung la harga laptop tu(kes ni byk terjadi apabila ramai org yg akan 'bid' sesuatu brg di saat-saat akhir masa membida..)
3 minit dirasakan cukup lama, selepas lagi beberapa saat nak habis tempoh membida, saya refresh lagi web tu dgn harapan xda org nak naikkan harga bidaan, ALHAMDULILLAH, selepas saya refresh, saya tgk dah ada perkataan "This item is closed for bidding"..maybe dah rezeki saya utk beli laptop tu..
so, pada ptg Selasa 21/12/2010 saya COD seller tu di Kl Sentral, dan sembang serba sikit, rupa-rupanya laptop tu kepunyaan anak dia, dia tolong jualkan di Lelong.my..dia jual pun sebab nak beli laptop baru, brand HP Compaq katanya..
mmg murah!! bayangkan RM202 saya leh dapat laptop Toshiba dgn 100% working condition..siap dapat beg lagi, brg dan beg tu mmg 98% cam baru..saya pun xcaya, saya rasa laptop ni tahun 2004 punya, tapi dia punya jaga, mengalahkan org pompuan, cam baru pakai sebulan je laptop tuh..
lepas tu saya compare harga dengan penjual lain yg jual model laptop yg sama, paling murah yg saya dapat RM400, tu pun dah byk problem, pecah itu, retak sana..kalo laptop pentium III pun saya rasa market price dalam RM500, ni saya dapat RM202 jea, mmg syukur sgt..
tu la saya rasa kelebihan lelong.my berbanding site2 lain seperti mudah.my, apabila product tu xbaper 'menonjol', dgn kata lain seller xbwat promosi besar-besaran utk jual brg dia, org ramai xkan perasan sgt..so, persaingan utk membida menjadi kurang, dari itu anda akan dapat harga yg lebih rendah daripada pasaran..cuma syaratnya anda kena sentiasa pantau harga barang tu di saat akhir tempoh bidaan..
hanya bidaan tertinggi apabila tempoh bidaan tamat yg akan menang..