Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Friday, January 4, 2013
Permainan Pertama Di Dunia
Terdapat perlbagai debat mengenai siapakah yang mencipta permainan video pertama di dunia. Ia juga bergantung kepada definisi penggunaan platform serta bagaimana ia didefinisikan. Sejarah penciptaan permainan video telah banyak membuka laluan dengan pengenalan teknologi yang bergerak dengan cukup pantas.
Menurut pandangan popular, orang pertama yang mencipta permainan video adalah William Higinbotham. Dia telah berjaya mencipta permainan video "Tennis For Two" pada tahun 1958. William yang juga seorang pakar fizik mencipta permainan interaktif tersebut di Brookhaven International Laboratory.
Kajiannya dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Tenaga Amerika Syarikat bagi mempromosikan penggunaan kuasa atom dengan menggunakan komputer analog dan sistem paparan vector oscilloscope,