Salam semua, harini Jumaat 27/6/2025 cuti umum untuk satu Malaysia. Cuti Awal Muharram. Ada lah rehat dari kerja 8-5. Fuh penat bhai..bila ko kena kerja, pastu kena urus anak-anak lagi..Sampai rasa macam tak cukup masa 24 jam tu..kadang-kadang nak sapu sampah pun rasa malas.
Bulan Julai ni agak mencabar sebab 1 cuti umum pun takda. Mental kena kuat..kadang2 memang fikir penat 8-5. Tapi nak buat camner, dah tu la sumber pendapatan utama aku..Aku kena all out la kat situ. Doakan aku sentiasa sihat dari segi mental dan fizikal untuk menempuhi ranjau dan cabaran di dunia ini.
Aminnnn..